Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Ujibakat Terbuka Istana Budaya Pada 23 dan 24 Februari 2019

Jawatan Kosong, Temuduga Terbuka terkini di Istana Budaya Februari 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk menghadiri Ujibakat Terbuka Istana Budaya sebagai:

1) ARTIS BUDAYA B19 (ARTIS TARI)

Jadual Gaji Pokok : RM1,360.00 – RM4,032.00
Klasifikasi : BAKAT
Taraf Jawatan : KONTRAK
Penempatan : ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR

Ujibakat Terbuka Istana Budaya Pada 23 dan 24 Februari 2019


Syarat Kelayakan 

(a) Wanita dan lelaki;
(b) warganegara Malaysia;
(c) berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun;
(d) memiliki Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya.
(e) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang tarian;
(f) ketinggian tidak kurang dari 163 cm (wanita), 170 cm (lelaki); dan
(g) berat tidak melebihi 52 kg (wanita) dan 61 kg (lelaki).

Sesi Uji Bakat

Individu yang berminat dan memenuhi syarat-syarat di atas dijemput untuk menghadiri sesi uji bakat terbuka seperti berikut :

Tarikh : 23 dan 24 Februari 2019
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Bilik Seri Nilam, Istana Budaya Jalan Tun Razak, 50694 Kuala Lumpur.

Peringatan

(a) Sila bawa bersama resume beserta 3 keping gambar seluruh badan bersaiz 4R (depan, kanan dan kiri) serta sijil-sijil akademik dan lain-lain sijil berkaitan.

(b) Sila berpakaian sopan dan bersesuaian untuk sesi uji bakat tarian.

(c) Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia di talian 03-4026 5512/5517 atau emel ke hr@istanabudaya.gov.my.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong