Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Ketereh (MDKetereh) - 15 Februari 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Ketereh (MDKetereh) Februari 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kelantan Darul Naim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM, KM 19, JALAN KUALA KRAI, 16450 KOTA BHARU, KELANTAN, sebagai :

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N17
5. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
6. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
7. PEMBANTU AWAM H11

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 15 FEBRUARI 2019

Jawatan Kosong Majlis Daerah Ketereh (MDKetereh) Februari 2019


CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang boleh diperolehi dengan : -

i) Pembelian terus di Kaunter Bahagian Perbendaharaan, Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, KM 19 Jalan Kuala Krai, 16450 Kota Bharu, Kelantan.

ii) Muat - turun melalui laman web Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam www.mdketereh.gov.my atau sila klik pada link yang diberikan di bawah.

iii) Borang juga boleh didapati dengan menghantar sampul surat 20cmx23cm bersetem, dan beralamat sendiri kepada Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

(b) Bayaran secara online boleh dibuat melalui Perbankan Elektronik kepada Majlis Daerah Ketereh melalui RHB No. 25302500001325 dan Bank Islam No. 03120010000711. Sila kembarkan butir – butir pembayaran dan hanya borang yang dilampirkan beserta resit bayaran / cetakan resit bayaran / Wang Pos RM3.00 atas nama Majlis Daerah Ketereh sahaja yang akan diproses.

(c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan berserta dengan resit semasa mengembalikan borang permohonan.

(d) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh pegawai Kumpulan Pengurusan / Profesional serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan dokumen- dokumen lain sebagai sokongan.

(e) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengikut Peraturan 17. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).

(f) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

YANG MULIA DATO’ YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM
KM 19, JALAN KUALA KRAI
16450 KOTA BHARU
KELANTAN


(g) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(h) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.

(i) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah mengganggap permohonan tidak berjaya.


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong