Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Juruteknik di SIRIM QAS International Sdn Bhd November 2017

Jawatan kosong terkini di SIRIM QAS International Sdn Bhd November 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di SIRIM QAS International Sdn Bhd sebagai:

1) JURUTEKNIK

Tarikh tutup permohonan pada 20 November 2017
Lokasi : Shah Alam, Selangor
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong SIRIM QAS International Sdn Bhd


SEKSYEN SIVIL & BINAAN (1 Kekosongan) KOD: CCST 15-1

Tanggungjawab:
  • Menjalankan kerja pengujian dan penyelenggaraan am peralatan makmal mengikut prosedur dan Manual Kualiti bagi menepati kehendak akreditasi makmal mengikut ISO/IEC 17025.
  • Melakukan lain-lain tugasan yang diarahkan dari masa ke masa
Kelayakan:
  • Sijil Politeknik Kejuruteraan Mekanikal atau;
  • Minimum SKM (Level III) dengan 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan atau; 
  • Minimum STPM dengan 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan atau; 
  • Minimum SPM dengan 6 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan atau; 
  • Minimum SPM dan SKM (Level II) dengan 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan 
  • Pengalaman dalam bidang pengujian diberi keutamaan.
Kelayakan Tambahan:
  • Berpengalaman menjalankan pengujian mengikut standard, prosedur dan manual kualiti
  • Kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik 
  • Boleh mengaplikasi software microsoft 
  • Boleh bekerja dalam kumpulan
Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk memohon on-line atau mengemukakan resume, salinan sijil yang berkaitan yang lengkap dengan nombor telefon, anggaran gaji dan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) ke alamat di bawah tidak melebihi 20 November 2017. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sudut kiri bahagian atas sampul surat.:

KETUA
SEKSYEN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. (410334-X)
BLOK 8, TINGKAT 2, KOMPLEK SIRIM
1, PERSIARAN DATO’ MENTERI, SEKSYEN 2, P.O.BOX 7035,
40700 SHAH ALAM, SELANGOR


Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Untuk sebarang soalan, sila hubungi Pn. Nur Iryani Hashim di talian 03-55446891.

Kumpulan SIRIM komited dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan maklumat peribadi yang dibekalkan oleh anda kepada Kumpulan SIRIM mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa kesemua maklumat peribadi yang dinyatakan adalah tepat, tidak mengelirukan, dikemaskini dan lengkap dalam semua aspek. Kumpulan SIRIM dan/atau pekerjanya atau pegawai yang diberi kuasa atau ejen tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat peribadi yang dibekalkan oleh anda yang tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap atau tidak dikemaskini.

Sila rujuk kepada Polisi Perlindungan Data Peribadi kami di http://www.sirim.my/privacy untuk keterangan lanjut.

Permohonan jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong