Jawatan kosong di Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad Oktober 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sebagai :
1. Executive Property Development
Tarikh tutup permohonan 05 October 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta
KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948. Bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan keprihatinan FELDA untuk kemajuan warga FELDA.
Hasrat untuk menubuhkan KPF sebagai suatu wadah simpanan, pelaburan warga Felda telah dicetuskan pada Mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 15 Januari 1980 Yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias. Dengan iltizam yang tinggi pihak pengurusan ketika itu, maka Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di Bawah Ordinan Koperasi 1948(Digantikan oleh Akta Koperasi 1993).
Kini KPF semakin maju dengan menceburi pelbagai sektor perniagaan seperti Perladangan, Hartanah, Ar-Rahn, Pembiayaan dan lain-lain. KPF juga telah diiktiraf sebagai antara Koperasi terbaik negara.