1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
2. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
3. SETIAUSAHA PEJABAT N29
4. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
5. PENGHANTAR NOTIS N11
Tarikh tutup permohonan 06 Disember 2016
Lokasi : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan
Cara Memohon :
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang didapati dengan dikenakan bayaran sebanyak RM 2.10 (1 borang) di Majlis Perbandaran Seremban dengan mengambil sendiri dan 1 borang adalah untuk 1 jawatan sahaja.
b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional seperti berikut :
i) salinan kad pengenalan (telah dipalang ’untuk kegunaan MPS sahaja’)
ii) salinan surat beranak
iii) salinan sijil-sijil kelayakan
iv) salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan
v) gambar berukuran pasport
c) Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan
Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.
d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti di para (b) tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
f) Alamat Permohonan :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Seremban,
Jalan Yam Tuan,
70990 Seremban.
(u.p. : Jabatan Khidmat Pengurusan)
Tel : 06-7667500