1. AKAUNTAN
JOB DESCRIPTION
Keterangan Tugas
- Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan yang lain;
- Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, Anggota Lembaga dan badan-badan lain;
- Menyediakan penyata cukai dan memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan menyedia atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;
- Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
- Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;
- Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebangkrapan, penyatuan, pembiaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
- Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebangkrapan dan percukaian;
- Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
- Menyelia pekerja lain.
Syarat Kelayakan
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (UM, UKM, UPM, UTM & UiTM); atau
- Lulus B.M. (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun / Swasta
Permohonan jawatan secara online disini