1. Eksekutif Perakaunan/Projek/Dana (Gred 29)
2. Pembantu Penyelia Shif (Gred 11)
Tarikh tutup permohonan 27 Julai 2016
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Berkanun / Kerajaan
LATAR BELAKANG
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) merupakan sebuah tabung kebajikan dibawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Yayasan ini ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dikawal selia oleh Surat Ikatan Amanah bertarikh 18 Jun 1981. Yayasan ini diperbadankan pada 5 Disember 1981 berdasarkan kelulusan YAB Perdana Menteri Malaysia di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.
Yayasan ini dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong VII pada 6 April 1982. Ketua Pegawai Eksekutifnya ialah YBhg Dato' Rafek Reshidullah yang menggantikan Datuk Sayed A. Rahman Syed Mohd mulai 01 Januari 2014
Bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Kebajikan Negara adalah bantuan kesihatan (perubatan), kebajikan, pendidikan, badan sukarela, bencana alam dan lain-lain.