1. PEMBANTU PENYELARAS KESELAMATAN & KESIHATAN (UNIT KAD HIJAU)
JOB DESCRIPTION
Kami adalah sebuah Institusi latihan dan penilaian di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjalankan kursus – kursus kemahiran berkaitan industri pembinaan di Malaysia. Kami sedang mencari seorang yang berkelayakan, dinamik dan inovatif untuk mengisi jawatan seperti di atas.
SYARAT KELAYAKAN:
SYARAT KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM (Minima ) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Memiliki Sijil Kehadiran Kursus Keselamatan & Kesihatan (sekurang-kurangnya) dari pusat latihan yang ditauliah oleh JKKP
- Berumur lebih dari 20 tahun hingga 30 tahun.
- Mahir menggunakan komputer terutamanya perisian Microsoft Office.
- Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang 2 tahun.
- Keutamaan diberikan kepada calon lelaki.
TANGGUNGJAWAB UTAMA
- Memasukkan data dan memuatnaik dokumen berkaitan Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Bagi Pekerja Binaan ke dalam sistem SMB CIDB
- Mengemaskini, melaksanakan proses dokumentasi termasuk menyediakan Sijil berkaitan kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Pekerja Binaan
- Membantu dalam perancangan dan promosi kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Pekerja Binaan
- Membantu Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan menyediakan minit mesyuarat, mengemaskini maklumat dan dokumen berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan.
- Lain-lain tanggungjawab yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Sila hantar permohonan dan resume yang lengkap (kelayakan, pengalaman, salinan sijil) kepada :
KETUA PEGAWAI OPERASI
AKADEMI BINAAN MALAYSIA (SELANGOR) SDN BHD
LOT 8, SEKSYEN 91, JALAN CHAN SOW LIN
55200 KUALA LUMPUR
AKADEMI BINAAN MALAYSIA (SELANGOR) SDN BHD
LOT 8, SEKSYEN 91, JALAN CHAN SOW LIN
55200 KUALA LUMPUR
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta
Permohonan jawatan secara online disini