Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kementerian Luar Negeri (KLN) 2024

Jawatan kosong terkini di Kementerian Luar Negeri (KLN) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Kementerian Luar Negeri (KLN) sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP Stera Gred 41
2. Personel MySTEP Stera Gred 29

Tarikh tutup permohonan 22 April 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : KLN Putrajaya.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Kementerian Luar Negeri (KLN) April 2024

1. Personel MySTEP Stera Gred 41
Kementerian/ Jabatan : Sekretariat Induk Logistik ASEAN, Kementerian Luar Negeri
Kumpulan Perkhidmatan : Kontrak
Kadar Upah : RM2,100.00
Tempoh Perkhidmatan : 1 Mei 2024 hingga 31 Disember 2024

Deskripsi Tugas

1. Membantu dalam kerja-kerja penyusunan maklumat dan kerja-kerja semasa acara/program;
2. Membantu dalam penyediaan bahan-bahan yang berkaitan dengan urusan dokumen-dokumen seperti surat/memo, minit ceraian/mesyuarat, minit bebas, emel dan lain-lain;
3. Membantu dalam mengurus setiakan mesyuarat yang berkaitan dengan persiapan logistik untuk Kepengerusian ASEAN 2025;
4. Membantu dalam menyediakan laporan berkaitan persiapan logistik untuk Kepengerusian ASEAN 2025; dan
5. Membantu dalam tugas-tugas lain seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan

1. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.
3. Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik, boleh berkerja dalam kumpulan serta bersedia untuk berkerja di luar kawasan sekiranya diarahkan.
4. Berkebolehan mengendalikan perisian komputer seperti MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel.
5. Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum.
6. Keutamaan bermastautin di Putrajaya/ Selangor.

2. Personel MySTEP Stera Gred 29
Kementerian/ Jabatan : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri
Kumpulan Perkhidmatan : Kontrak
Kadar Upah : RM1,900.00
Tempoh Perkhidmatan : 1 Mei 2024 hingga 31 Disember 2024

Deskripsi Tugas

1. Membantu mengemaskini dokumen-dokumen ke dalam fail peribadi pegawai bagi semua kumpulan perkhidmatan di Kementerian Luar Negeri (KLN);
2. Membantu mengemaskini buku rekod perkhidmatan pegawai;
3. Membantu mengemaskini sandangan HRMIS dan maklumat perjawatan, pengisian dan kekosongan (JIK) bagi semua kumpulan perkhidmatan di KLN;
4. Membantu menyemak sub-modul myPortfolio dan myJD HRMIS untuk semua pegawai dalam Cawangan Pengurusan Perkhidmatan;
5. Membantu memuat naik salinan surat/ dokumen ke dalam sistem DDMS;
6. Membantu dalam penyediaan dokumen-dokumen mesyuarat;
7. Membantu dalam semakan dokumen-dokumen rasmi;
8. Membantu dalam mengurusetia dan melaksanakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat Kementerian;
9. Membantu dalam mengurusetia dan melaksanakan majlis rasmi di peringkat Kementerian dan Bahagian seperti Majlis Perhimpunan Bulanan, Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri dan Kunjungan Hormat Ketua-Ketua Diplomatik Malaysia ke luar negara; dan
10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan

1. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Memiliki Diploma yang diktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.
3. Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik, boleh berkerja dalam kumpulan serta bersedia untuk berkerja di luar kawasan sekiranya diarahkan.
4. Berkebolehan mengendalikan perisian komputer seperti MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel.
5. Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum.
6. Keutamaan bermastautin di Putrajaya/ Selangor.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi di laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs. Sila klik pada pautan yang diberikan di bawah untuk iklan jawatan dan permohonan. Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 22 April 2024 (Isnin).

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini

Perhatian!
Sekiranya pautan yang kami berikan diatas terdapat ralat pada MyFutureJobs, sila refresh kembali browser berkenaan. Atau sekiranya masih terdapat ralat lagi, sila ke MyFutureJobs https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ dan masukkan kata kunci Kementerian Luar Negeri pada carian dan Search. Selamat memohon dan semoga berjaya admin ucapkan.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong