Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2024

Jawatan kosong terkini di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Tarikh Tutup
1. Pegawai Tadbir Setara N41 17 15 April 2024
2. Pegawai Teknologi Maklumat Setara F41 4 15 April 2024
3. Pegawai Tadbir N41 1 15 April 2024
4. Pembantu Akauntan W19 1 15 April 2024

Tarikh tutup permohonan 15 April 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : MQA Cyberjaya, Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) April 2024

Syarat-Syarat Permohonan

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www2.mqa.gov.my/jobsmqa.

2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

6. Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.

7. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 3679 atau 03-8688 3620/3712. Pertanyaan berkaitan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03-8688 1912.

8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2024 (Isnin) jam 4.00 petang.

Catatan Am

1 Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria tapisan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan MQA akan dipanggil untuk temu duga.

2. Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.

3. Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.

4. Pengambilan sebagai Personel MySTEP bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.

5. MQA merupakan agensi tunggal yang terletak di Cyberjaya, Selangor dan tidak mempunyai cawangan lain.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong