Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UPSI April 2024

Jawatan kosong terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan Taraf Kekosongan Tarikh Tutup Iklan dan Syarat
1. Ahli Muzik B29 Tetap 1 23 April 2024 Klik Disini
2. Pegawai Tadbir (Peg. Belia & Sukan) N41 Kontrak 1 16 April 2024 Klik Disini
3. Pembantu Belia & Sukan S19 Kontrak 5
4. Pengawal Keselamatan KP11 Kontrak 13
5. Pembantu Pembedahan Pergigian U19 Kontrak 1
6. SPKU (Teknologi Maklumat) Gred 29 Kontrak 1

Tarikh tutup permohonan 16 & 23 April 2024.
Lokasi penempatan : UPSI Tanjong Malim, Perak.
Sektor : Kerajaan/ Badan berkanun

Jawatan Kosong UPSI April 2024

PANDUAN PERMOHONAN

1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my). atau sila kepautan yang diberikan diatas untuk info selanjutnya.

2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

3. Permohonan secara dalam talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan dalam talian Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

4. Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak

5. Selain daripada memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan dalam skim berkenaan, calon mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu:
(i) bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib/perundangan;
(ii) telah melengkapkan pengambilan vaksinasi Covid-19 (sekurang-kurangnya 2 dos)

6. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian Semak Permohonan di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara dalam talian di ruangan tersebut.

7. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara dalam talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

8. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

9. Setiap permohonan jawatan dikenakan RM 10.00 bagi satu (1) jawatan.

10. Calon perlu memastikan maklumat didalam Myjobs adalah lengkap bagi memastikan permohonan dapat diproses selanjutnya.

11. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

12. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM
05-450 6328 / 6399 / 6514 / 6509 / 6034 / 6339 / 6342
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong