Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jururawat Gred U29

Terdapat 2,431 kekosongan jawatan Jururawat Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana berikut.

1. Jururawat Gred U29
Kekosongan : 2,431 Simpanan : 4,000

Tarikh tutup permohonan 29 Februari 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jururawat Gred U29

Jawatan : Jururawat Gred U29
Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab : Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,797.00 - RM5,753.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
(ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas
  • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  • Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  • Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  • Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  • Membuat pesanan bekalan peralatan.
  • Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Jururawat Gred U29

1. Perawatan Kesihatan Keluarga
  • Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
  • Perkhidmatan lawatan ke rumah.
  • Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
  • Perkhidmatan perancang keluarga.
  • Pendidikan kesihatan.
2. Latihan

Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

3. Menyelia
  • Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
  • Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
4. Pentadbiran
  • Mentadbir klinik.
  • Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
  • Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
  • Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
5. Tugas-tugas Jururawat Di Hospital

i. Penjagaan Pesakit
  • Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
  • Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
  • Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
  • Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
ii. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
iii. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
iv. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
v. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my , atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 29 Februari 2024 (Khamis), jam 11.59 malam.

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong