Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Bachok (MDBBPI) 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
2. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Tarikh tutup permohonan 08 Januari 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : MDBBPI Kelantan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Bachok (MDBBPI) 2024

Cara Memohon

a. Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan Jawatan MDBBPI.1 berharga RM3.00 atau mengirim sampul beralamat sendiri berukuran 32 cm x 22 cm beserta wang pos bernilai RM3.00 di atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam serta setem ke alamat berikut atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, 16300 Bachok, Kelantan.

b. Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu borang permohonan jawatan MDBBPI.1

c. Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Sijil Kelahiran, Sijil-Sijil Persekolahan,sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

d. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

e. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BACHOK BANDAR PELANCONGAN ISLAM,
16300 BACHOK KELANTAN.


f. Tarikh Jawatan Diiklankan : 26 Disember 2023

g. Tarikh Tutup Permohonan : 08 Januari 2024

h. Catatan Am

d) Permohonan yang tidak lengkap dan memenuhi syarat akan ditolak.

e) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

f) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong