Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS 2024

Permohonan terkini bagi Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS Tahun 2024 kini dibuka permohonan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ingin mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS bagi tahun 2024.

1. Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS Tahun 2024
- Lelaki/ Perempuan
- Semenanjung/ Sabah dan Sarawak (Seluruh Malaysia)

Tarikh tutup permohonan 17 November 2023 (Jumaat).

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS Tahun 2024

Syarat-Syarat Permohonan

1 Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
(iii) Diploma akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
(iv) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Terbuka kepada

i) Jurusan TABIKA (calon lelaki atau perempuan)
ii) Jurusan TASKA (calon perempuan sahaja)

3. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).

4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidap penyakit yang kronik.

5. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan awam.

6. Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau sukan.

Maklumat Asas Kursus

1. Tempat : Institut/Pusat Latihan KEMAS
2. Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
3. Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat hendaklah dibuat secara dalam talian di pautan yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 November 2023 (Jumaat).

(i) Pemohon hanya boleh memohon satu jurusan sahaja.
(ii) Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.
(iii) Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.

Panggilan Temuduga

1. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
2. Calon yang tidak dihubungi selepas dua (2) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS Tahun 2024 klik disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

2 comments

  1. Macam. Mana nak iis borang?
    1. Link permohonan ada dekat bawah artikel..
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong