Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP
Penempatan : Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat
Kadar Upah : RM1,700.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.

Tarikh tutup permohonan 14 November 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : Kudat, Sabah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKN  Sabah) November 2023

Syarat Kelayakan

i. Warganegara Malaysia.
ii. Berumur tidak kurang dan 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
iii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
iv. Bertanggungjawab, komited, kreatif dan boleh bekerja di dalam satu pasukan dengan pengawasan yang minimum.

Diskrisi Tugas Utama

i. Malaksanakan aktiviti Indoor Residual Spraying (IRS), aktiviti Outdoor Residual Spraying (ORS) dan aktiviti Perimeter Spraying.
ii. Melaksanakan aktiviti Insectiside Treated Net (ITN) dan aktiviti Active Case Detection (ACD).
iii. Melaksanakan aktiviti follow up kes malaria, pemantauan drug resistance surveillance (DRS) kes malaria.
iv. Melaksanakan agihan repellent kepada penduduk berisiko dan melaksanakan pemantauan kelambu Long Lasting Insecticide net.
v. Membantu membuat laporan bagi setiap aktiviti yang telah dilaksanakan mengikut borang dalam Plan Strategik Eliminasi Malaria.
vi. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Cara Memohon

Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah mengemukan resume beserta gambar berukuran pasport terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil dan dokumen-dokumen berkaitan yang telah DI SAHKAN ke alamat emel berikut : pkk.kudat@moh.gov.my

**sila nyatakan tajuk emel dengan tajuk : PERMOHANAN MYSTEP

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 November 2023 (Selasa).

Permohonan yang tidak menerima sebarang panggilan/ jawapan selepas SATU (1) MINGGU dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonan sebagai TIDAK BERJAYA.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong