Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PTPTN Negeri Sembilan 2023

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagaimana berikut.

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)
PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) NEGERI SEMBILAN
Akan ditempatkan di Pejabat Cawangan PPN seluruh Negeri Sembilan
GAJI DITAWARKAN : RM1,600.00 SEBULAN
INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI

Jawatan Kosong PTPTN Negeri Sembilan 2023

SYARAT LANTIKAN :

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
(c) Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.

(d) Keutamaan diberi kepada calon :
  • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
  • Perwatakan menarik;
  • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
  • Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;
  • Berkebolehan menganalisa dengan baik;
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
  • Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat ; dan
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)
PENAKLUKAN DI BAWAH DASAR DAN PERATURAN EKSEKUTIF PEMASARAN

Calon yang dilantik adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan Eksekutif Pemasaran yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum pukul 11.59 malam, Isnin, 4 September 2023 di laman web PTPTN:
https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong/Utama.cfm

ii. Calon yang berjaya dan melepasi saringan/pemilihan akan dihubungi melalui e-mel bagi makluman tarikh temu duga serta penyediaan dokumen sokongan. Sila pastikan alamat e-mel masih aktif dan boleh digunakan.

PERMOHONAN YANG DITOLAK

Permohonan yang berikut akan ditolak :

i. Tidak memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan; atau

ii. Maklumat yang dinyatakan tidak lengkap atau meragukan.

CATATAN AM

i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan 3 bulan selepas dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

ii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah atas tanggungjawab sendiri.

iii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dihubungi. Sila pastikan nombor telefon dan e-mel masih aktif serta boleh digunakan.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong