Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sepertimana berikut.

1. Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11

Tarikh tutup permohonan 12 November 2023 (Ahad).
Lokasi penempatan : JPNIN Terengganu.
Sektor : Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11 November 2023

Jawatan : Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11
Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jabatan : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu.
Tempat Kekosongan : Negeri Terengganu
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM1,216.00 - RM2,983.00

Elaun :

Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM95.00
Imbuhan tetap Perumahan : RM300.00
Elaun bantuan Sara Hidup : RM300.00

Syarat Lantikan

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan diktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00) atau
(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diktiraf Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [(Kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Gred D bagi empat (4) matapelajaran lain termasuk Matematik di peringkat PMR atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Gred E bagi empat (4) matapelajaran lain termasuk Matematik pada peringkat PT3 atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Keutamaan permohonan adalah bagi yang menetap di Negeri Terengganu. Permohonan daripada luar Negeri Terengganu boleh dipertimbangkan.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu atau telah dikepilkan bersama iklan jawatan pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan yang lengkap disi beserta dengan gambar terkini berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Kelulusan Akademik, salinan Sijil Berhenti Sekolah, salinan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19, dan lain-lain sijil yang berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI TERENGGANU
NO. 22, TINGKAT 1,2 & 3, PUSAT NIAGA PAYA KELADI
20100 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
No. Tel: 09-6203105


Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 12 November 2023 (Ahad).

Permohonan Yang Ditolak

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :
  • TIDAK lengkap / TIDAK jelas;
  • TIDAK memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  • TIDAK disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
  • TIDAK menandatangani borang permohonan;
Catatan Am

Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya

Muat turun iklan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

1 comment

  1. Jawatan kosong
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong