Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP)

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) 2023. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Tadbir N32/ N36
2. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Tarikh tutup permohonan 03 September 2023 (Ahad).
Lokasi penempatan : MDPP Kelantan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) Ogos 2023

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Jawatan Kosong. Borang tersebut boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan :-

i. Sekeping gambar berukuran pasport;
ii. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan;
iii. Salinan sijil lahir yang telah disahkan;
iv. Salinan sijil tamat persekolahan / sijil berhenti sekolah yang telah disahkan;
v. Salinan sijil pendidikan tertinggi (Ijazah / Diploma / STPM / SPM / PMR) yang telah disahkan;
vi. Salinan semakan pengiktirafan kelayakan pendidikan dari JPA melalui laman web interaktif https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
(Sijil/Diploma/Ijazah);

3. Setiap permohonan hendaklah ditulis Nama Jawatan dibahagian atas sampul surat sebelah kiri;

4. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang DiPertua,
Majlis Daerah Pasir Puteh,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.


5. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 18 Tahun 2012 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan;

6. Semua pemohon yang disenarai pendek perlu mengambil ujian-ujian yang berkaitan berdasarkan jawatan yang dipohon. Hanya calon yang layak melepasi ujian-ujian tersebut akan dihubungi untuk ditemuduga;

7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya;

8. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri;

9. Calon hendaklah menduduki ujian psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bahagian Sumber Manusia bagi saringan psikologi.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 September 2023 (Ahad).

Permohonan yang Akan Ditolak

1. Borang permohonan yang tidak lengkap;
2. Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap;
3. Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan;
4. Pemohon tidak memenuhi / tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong