Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2023

Jawatan kosong terkini di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2023. Permohonan adalah daripada pegawai yang terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan adalah dipelawa memohon kekosongan jawatan di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Tadbir N29

Tarikh tutup permohonan 11 Ogos 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Pejabat Education Malaysia, Jordan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Ogos 2023

Syarat-Syarat Umum

a. Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
b. Pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
c. Mempunyai prestasi kerja di tahap 93% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut (2019,2020,2021 atau 2020, 2021 dan 2022);
d. Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dimohon;
e. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib;
f. Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan;
g. Pegawai sedang memangku atau berada dalam zon pemangkuan tidak layak memohon;
h. Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dengan kelulusan IELTS sekurang-kurangnya band 6.0 (salinan keputusan IELTS perlu dikemukakan sebagai prasyarat sekiranya ditawarkan jawatan). Kos perbelanjaan yang berkaitan adalah atas tanggungan pegawai.

Syarat-Syarat Khusus

i. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (TBK1 dan TBK2) di Education Malaysia Jordan.
  • Terdiri daripada pegawai yang berada di Gred N29 (TBK1 dan TBK2);
  • Pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam aspek:
- pentadbiran pejabat, pengurusan kewangan, aset dan akaun;
- pengurusan psikologi, bimbingan dan kaunseling;
- pengalaman dalam pengurusan hal ehwal pelajar; dan
- pengalaman dalam menguruskan promosi Pendidikan Malaysia merupakan nilai tambah;
  • Mempunyai kebolehan untuk berbahasa Arab dengan fasih;
  • Mempunyai pengalaman minimum di Gred N29 sekurang-kurangnya 8 tahun dan baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum mencapai tarikh persaraan wajib.
Keutamaan Diberi Kepada Pemohon-Pemohon Berikut:

(a) Mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum.

(b) Berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa lain (sila nyatakan dalam borang permohonan).

Cara Memohon

(a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT.S.500/8/2/6 Jld.6 [Pindaan 2020] yang disertakan;

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:
  • senarai tugas pegawai terkini;
  • satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini berserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh daripada yang terkini;
  • satu (1) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang lengkap (bermula perkhidmatan sehingga yang terkini); dan
  • satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (Tahun 2019, 2020 dan 2021 atau 2020, 2021 dan 2022).
(c) Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan (covering letter) kepada:

Setiausaha Bahagian
Kementerian Pendidikan Tinggi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 15, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p: Urusan Pengambilan EM)


(e) Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Ogos 2023. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Temuduga

Hanya pemohon yang layak dan di senarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

Keputusan

Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Menimbang/ Pihak Berkuasa Melantik berkaitan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan terus kepada pihak urus setia seperti berikut :

i. Encik Fabian Anak Phillip
No. Tel : 03 – 8870 5259
Emel : fabian@mohe.gov.my

ii. Puan Haslinda binti Hadri
No. Tel : 03 – 8870 5225
Emel : haslinda@mohe.gov.my

Muat Turun:

i. pdf LAMPIRAN A - KRITERIA PENGAMBILAN PPT N29 TBK1 DAN TBK2.pdf

ii. spreadsheet Borang EM 2023.xls
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong