Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Forestry Ogos 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Forestry) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Forestry) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Tadbir N29

Tarikh tutup permohonan 18 Ogos 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Ibu Pejabat, Kuala Lumpur.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Forestry Ogos 2023

Butiran Jawatan

Nama Skim Perkhidmatan : Penolong Pegawai Tadbir N29 (Kontrak)
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Gred : N29
Taraf Perkhidmatan : Contract for Service (CFS)
Tempat Perkhidmatan : Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Syarat Lantikan

Syarat Wajib

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Kelayakan Permohonan

(c) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/ Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(d) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(e) Syarat Bahasa Melayu : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred B) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kadar Upah (Gaji Maksimum) : RM2,303.00 (Sebulan)

Peruntukan Lain

Kemudahan

(a) Cuti Rehat - 24 hari setahun secara purata (pro rate) berdasarkan tempoh perkhidmatan;
(b) Cuti Sakit - 15 hari setahun secara purata (pro rate) berdasarkan tempoh perkhidmatan dengan syarat mengemukakan sijil sakit

Ringkasan Tugas

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja berkaitan projek A-PHSB yang melibatkan pengurusan kewangan, pentadbiran, keurusetiaan mesyuarat, pengujian, bengkel, majlis rasmi serta dokumentasi, perolehan, bekalan dan lain-lain arahan dari masa ke semasa berkaitan projek.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Ogos 2023 (Jumaat). Jabatan tidak akan memproses mana-mana permohonan yang diterima selepas tarikh tutup.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang dan mengemukakan RESUME di google form disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong