Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka Institut Bioteknologi Kebangsaan (NIBM)

Temuduga terbuka terkini di Institut Bioteknologi Kebangsaan (NIBM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM), Institut Bioteknologi Kebangsaan (NIBM) sepertimana berikut.

1. Veterinar
2. Penolong Saintis
3. Penolong Pegawai Teknologi (Pemb. Makmal)
4. Setiausaha (Pengarah IPharm)
5. Juruteknik

Tarikh temuduga pada 16 Jun 2023 (Jumaat).
Masa pendaftaran : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi temuduga : Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM), Blok 5-A, Halaman Bukit Gambir, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

Temuduga Terbuka Institut Bioteknologi Kebangsaan (NIBM) Jun 2023

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia;
2. Lelaki atau perempuan berumur di antara 21 hingga 35 tahun;
3. Kelayakan minimum Ijazah Sarjana Muda (Jawatan 1) dan Diploma (Jawatan 2, 3, 4 & 5) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf; (sila ke pautan di bawah untuk syarat kelayakan) dan
4. Sihat Tubuh Badan.

Faedah yang ditawarkan :

1. Pakej gaji dan elaun yang kompetitif;
2. Kemudahan rawatan perubatan;
3. Insurans; dan
4. Caruman KWSP dan PERKESO.

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas dijemput hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan dengan membawa bersama resume beserta dokumen asal dan Salinan kad pengenalan, sijil-sijil akademik, salinan slip gaji terkini dan dokumen yang berkaitan serta 1 keping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan).

Calon yang berminat dan berkelayakan diminta memberikan maklumbalas kehadiran melalui Google Form di bawah.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi Puan Nurliyana Binti Ismail di talian 03-8949 5620.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Pengesahan kehadiran melalui google form disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong