Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PPN Kedah Jun 2023

Jawatan kosong terkini di Pejabat Pembangunan Negeri Kedah (PPN Kedah) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Pejabat Pembangunan Negeri Kedah (PPN Kedah) / ICU kedah sepertimana berikut.

1. Personel MySTEP Gred 19
Gaji : RM 1,700.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan PERKESO.

Tarikh tutup permohonan 15 Jun 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : PPN Kedah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong PPN Kedah Jun 2023

Syarat Lantikan
  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup
  • Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Sijil / Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf Kerajaan
  • Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja elektrik, menjalankan siasatan tapak, menyediakan skop kerja, spesifikasi kerja dan anggaran kos bagi skop kerja elektrik, menyelia dan mengawasi kerja di tapak dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon

Sila kemukakan resume beserta gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik, salinan lesen memandu dan salinan sijil vaksinasi ke :

PENGARAH
PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH
ARAS 1, FASA 1, ZON C
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
BANDAR MU'ADZAM SHAH
06550 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

atau ke emel berikut : admkdh@kdh.icu.gov.my

** Sila nyatakan Gred Jawatan yang di pohon disebalah kanan sampul surat atau di subjek emel.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Jun 2023 (Khamis).
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong