Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
Kekosongan : 114 Simpanan : 350

Tarikh tutup permohonan 20 Jun 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jun 2023

1. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
Gaji Min - Maks : RM1,352.00 - RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Tambahan

(i) Calon yang berumur 18 hingga 30 tahun;

(ii) Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Inggeris dan Lulus (sekurang-kurangnya D) dalam subjek lain pada peringkat SPM; dan

(iii) Mempunyai ukuran Body Mass Index (BMI) yang ideal.

Deskripsi Tugasan

Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

Senarai Bidang Berkaitan Di Peringkat SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

Maklumat Tambahan

Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my , atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 20 Jun 2023 (Selasa), jam 11.59 malam.

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong