Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kementerian Luar Negeri (KLN) 2023

Jawatan kosong terkini di Kementerian Luar Negeri (KLN) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Bahagian Inspektorat, Kementerian Luar Negeri sepertimana berikut.

1. Personel MySTEP Gred 41
(Kelayakan Ijazah Sarjana Muda)
Kadar upah : RM 2,100.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan Perkeso.
Lokasi bertugas : Bahagian Inspektorat, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.

Jawatan Kosong Kementerian Luar Negeri (KLN) Mei 2023

Syarat dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
b) Berminat meningkatkan ilmu dan kemahiran diri;
c) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan bertanggungjawab;
d) Memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
e) Berkebolehan dan lancar berbahasa Melayu dan Inggeris;
f) Berkebolehan mengendalikan aplikasi Microsoft Office; dan
g) Boleh bekerja di bawah pengawasan minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Senarai Tugasan

Unit Dasar Dan Spkm :

* Membantu dalam menyelaras semakan Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2013 – Dasar dan Peraturan Khidmat Luar Negeri, SULIT 202/4, dan Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2018 – Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negeri (SPKM) yang mentadbir urus dasar dan pelaksanaan berkaitan dengan agensi-agensi Kerajaan Malaysia di luar negeri;
* Membantu dalam melaksanakan urusan Sekretariat SPKM yang bertindak sebagai ‘One-Stop-Centre’ bagi semua Agensi Kerajaan Malaysia di luar negeri dan bertindak sebagai:
* Urus Setia Jawatankuasa Penyelarasan dan Pemantauan SPKM;
* Urus Setia Jawatankuasa Pemandu Penubuhan, Pemindahan dan Penutupan Pejabat Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di luar negeri;
* Urus Setia Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile (MDES); dan
* Urus Setia bagi isu-isu yang memerlukan penyelarasan di Bahagian Inspektorat.
* Membantu dalam menyelaras Laporan Berkala bagi Pelaksanaan Inisiatif 2.2.4 dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP); dan
* Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Unit Tiket :

* Membantu dalam menyediakan, menyelaras, dan merekod Laporan Bulanan Sistem Bayaran Pukal (21) dan Penyata Penyesuaian Akaun Pukal;
* Membantu dalam menyelaras dan merekod dokumen berkaitan pembayaran Waran Pengangkutan Udara Awam (WPUA);
* Membantu dalam menyelaras dan merekod data berhubung kemudahan penginapan (pertukaran), pengangkutan barang-barang pegawai menggunakan kontena dan kemudahan pelbagai tambang bagi pergerakan pegawai; dan
* Membantu dalam memuat naik maklumat di dalam Sistem e-inspektorat dan DDMS.

Cara Memohon

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Resume beserta gambar berwarna terkini berukuran pasport, salinan kad pengenalan dengan ukuran sebenar serta salinan sijil tamat pengajian dan salinan transkrip ke emel : inspektorat@kln.gov.my

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 BULAN daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Mei 2023 (Jumaat).
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong