Dapatkan info jawatan kosong di telegram sekarang! Klik Disini

Jawatan Kosong JUPEM 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) 2023. Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat (SPSM), Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sedang mencari calon berkemahiran serta bermotivasi tinggi untuk dilantik sebagai MySTEP secara kontrak dalam membantu kerja-kerja pentadbiran dan pengoperasian SPSM sepertimana berikut.

1. Pembantu Tadbir

Tarikh tutup permohonan 23 Mac 2023.
lokasi penempatan : SPSM Kuala Lumpur.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong JUPEM Mac 2023

1. Pembantu Tadbir
Status : MySTEP
Tempoh Kontrak : 01 April 2023 - 31 Disember 2023.
Kadar Gaji : RM1,700.00 sebulan (termasuk bayaran KWSP dan PERKESO)

Kelayakan Minimum

1. Warganegara Malaysia;
2. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
4. Mempunyai kemahiran dalam MS Office (MS Word, MS Excel, dan MS Power Point);
5. Pengalaman dalam pengurusan rekod dan fail (data entry, data cleansing, record filing terutama pelupusan fail dan lain-lain yang berkaitan;
6. Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa dan bersedia belajar perkara baharu;
7. Mempunyai minat dalam menguruskan mesyuarat, bengkel, kursus, program dan lain-lain berkaitan; dan
8. Sihat tubuh badan.

Deskripsi Tugas

1. Membantu dalam melakukan kerja-kerja pelupusan, fail operasi SPSM yang melibatkan tugasan berikut:

a) Mengenalpasti fail-fail yang perlu dilupuskan;
b) Menyusun fail-fail yang telah dikenalpasti untuk dilupuskan mengikut tahun;
c) Merekodkan fail-fail yang telah disusun ke dalam Borang Pelupusan;
d) Membantu menyediakan pelaporan akhir pelupusan untuk dihantar kepada pihak Arkib Negara;
e) Membantu melupuskan fail-fail yang telah diberi kelulusan lupus oleh pihak Arkib Negara.

2. Membantu kerja-kerja pengoperasian (persediaan mesyuarat, penyediaan dokumen, tempahan makanan dan lain-lain keperluan berkaitan);

3. Memantau sistem dalaman SPSM (eHadir & Sistem Tempahan Bilik); dan

4. Membantu lain-lain urusan berdasarkan arahan SPSM dari semasa ke semasa.

Permohonan

Sekiranya memenuhi syarat dan kriteria yang dinyatakan, anda boleh menghubungi pihak SPSM melalui e-mel mystepict@jupem.gov.my dan no telefon -03-26170631 dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

i. *Resume lengkap; dan
ii. Salinan Kad Pengenalan;

*Pengalaman berkhidmat dalam mana-mana Kementerian\ Jabatan\ agensi Kerajaan akan diberikan keutamaan.

Tarikh tutup permohonan permohonan adalah pada 23 Mac 2023 (Khamis).
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong