Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menghadiri sesi temuduga terbuka di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis sepertimana berikut.

1. Pengisian Jawatan

a) Jawatan : Pembantu Tadbir MySTEP N19 (PT/PO)
b) Agensi : JPJ Negeri Perlis
c) Status Lantikan : Kontrak
d) Tempoh Bertugas : 9 Januari 2023 - 31 Disember 2023

2. Kadar Upah : RM1,600.00

Temuduga Terbuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Januari 2023

3. Syarat-syarat Permohonan

a) Warganegara Malaysia. 
b) Sihat tubuh badan / sedang mengandung tidak digalakkan memohon. 
c) Berumur 18 tahun ke atas. 
d) Keutamaan kepada calon yang mempunyai sijil dalam Graphic Design/ Web Design. 
e) Mempunyai kelulusan minimum SPM. 

4. Bidang tugas

a) Mahir dalam Software AI, Photoshop dan yang berkaitan dengan grafik. 
b) Mencipta dan mereka bentuk pelbagai bahan untuk cetakan dan digital. 
c) Kebolehan merancang, menyunting dan menghasilkan rakaman video menggunakan perisian yang sesuai. 
d) Kebolehan berfikir secara kreatif bagi menghasilkan content dan idea baru bagi media sosial. 
e) Mampu menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 

5. Cara memohon

a) Satu sesi temuduga akan diadakan pada 6 Januari 2023, jam 9.00 pagi di JPJ Negeri Perlis
b) Calon dikehendaki untuk membawa bersama resume dan dokumen sokongan berkaitan

Perhatian:

Pihak JPJ berhak untuk menolak calon sebelum sesi temuduga berlangsung sekiranya didapati tidak memenuhi syarat atau maklumat yang tidak sahih. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat, 04-9762599/ 04-9762661
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

3 comments

  1. Tukar dari Tentera pergi Ke Jpj dapat ke.
  2. Asalam masih ada kekosongan ke
    1. assalamualaikum masih ada kekosongan ?
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong