Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil 2023

Terdapat 1,825 pengambilan terkini bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil Sesi Julai Tahun 2023 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dibuka. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah dipelawa memohon Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepertimana berikut.

Bil. Jawatan Kekosongan
Bertaraf Diploma
1. Jururawat 520
2. Jururawat (PSL) - Perempuan Sahaja 460
3. Penolong Pegawai Perubatan 300
4. Penolong pegawai Kesihatan Persekitaran 75
5. Juruteknologi Makmal Perubatan 90
6. Penolong Pegawai Farmasi 70
7. Juru X-Ray (Radioterapi) 20
8. Jurupulih Perubatan Carakerja 20
9. Jurupulih Perubatan Fisioterapi 40
10. Juruterapi Pergigian 60
11. Juruteknologi Pergigian 50
Bertaraf Sijil
1. Pembantu Kesihatan Awam - Lelaki Sahaja 60
2. Pembantu Pembedahan Pergigian 60
Jumlah Keseluruhan 1,825

Tarikh tutup permohonan 11 Januari 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia.
Sektor : Kerajaan.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil 2023

SYARAT KELAYAKAN

a. Warganegara Malaysia;
b. Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
c. Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
d. Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.

KATEGORI PEMOHON DAN HAD UMUR

a. Pemohon merupakan calon lepasan SPM/SPMV:
i. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

b. Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
i. Umur tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup permohonan;
ii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

c. Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:
i. Umur tidak melebih 38 tahun pada tarikh tutup permohonan;
ii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my . Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 11 Januari 2023 (Rabu), jam 11.59 malam.

Syarat dan Kelayakan Latihan Separa Perubatan disini

Semakan dan Permohonan Latihan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong