Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia 2023

Jawatan kosong terkini di Parlimen Malaysia 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak dan Personel MySTEP di Parlimen Malaysia sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Tarikh Tutup
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 MySTEP 19 September 2023

Tarikh tutup permohonan  19 September 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia September 2023

Butiran Jawatan

Jawatan/ Gred : Pembantu Tadbir N19
Kementerian/Jabatan : Parlimen Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak (Personel MySTEP)
Kadar Upah : RM 1,700.00 sebulan

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
4. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diktiraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan dibawah.

2. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti
Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 September 2023 (Selasa).

Catatan Am:

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.

Muat turun borang permohonan jawatan disini (.doc)
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong