Bil. | Jawatan dan Gred | Taraf | Tarikh Tutup |
---|---|---|---|
1. | Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA29 | Tetap | 15 Januari 2023 |
2. | Penghantar Notis N11 | Tetap | 15 Januari 2023 |
3. | Pen. Pegawai Perancang Bandar dan Desa | PSH | 15 Januari 2023 |
4. | Pembantu Awam | PSH | 15 Januari 2023 |
Tarikh tutup permohonan 15 Januari 2023.
Lokasi penempatan : Sik Kedah.
Sektor : Kerajaan
a) Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Bayaran, Majlis Daerah Sik pada waktu pejabat dengan bayaran wang proses RM 3.00.
b) Permohonan hendaklah disertakan bersama salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport. (Salinan sijil-sijil perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A Gred 41 dan ke atas (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) / Pengetua Sekolah Menengah / Penghulu Mukim).
c) Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini disertakan bersama.
d) Permohonan berikut akan DITOLAK
i) tidak disertakan dokumen yang diperlukan ;
ii) tidak lengkap dan tidak terang;
iii) borang tidak ditandatangani ; dan
iv) tidak disertakan gambar.
e) Permohonan ini hanya sah selama 1 tahun dari tarikh iklan.
f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 22sm. X 32sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
g) Alamatkan permohonan kepada:
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SIK
08200 SIK
KEDAH DARUL AMAN
TARIKH TUTUP: 15 JANUARI 2023 (AHAD)
Catatan Am
Hanya calon-calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini