Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UPSI Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Disember 2022. NIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ingin mempelawa calon di kalangan Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai Universiti No. 1 Pendidikan di Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI sepertimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Kekosongan Taraf Tarikh Tutup
1. Penjaga Jentera Elektrik J19 Satu (1) Tetap 12 Disember 2022
2. Teknologi Maklumat SPKU41 Satu (1) Kontrak 12 Disember 2022
3. Pegawai Belia dan Sukan SPKU41 Lima (5) Kontrak 12 Disember 2022
4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPKU29 Tujuh (7) Kontrak 12 Disember 2022
5. Teknologi Maklumat SPKU29 Empat (4) Kontrak 12 Disember 2022
6. Pereka SPKU29 Dua (2) Kontrak 12 Disember 2022
7. Jurupulih Cara Kerja SPKU29 Satu (1) Kontrak 12 Disember 2022

**SPKU : Skim Perkhidmatan Khas Universiti

Tarikh tutup permohonan 12 Disember 2022.
Lokasi penempatan : UPSI, Perak.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Terkini UPSI Disember 2022

PANDUAN PERMOHONAN

1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).
2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
3. Permohonan secara dalam talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan dalam talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
4. Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.

5. Setelah permohonan lengkap diisi,

5.1 sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;
5.2 sila sertakan salinan dokumen / sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas seperti berikut: -

i) Kad Pengenalan;
ii) Ijazah Sarjana Muda/Diploma (jika berkaitan);
iii) Transkrip Akademik (jika berkaitan);
iv) Sijil Matrikulasi KPM/STPM/STAM/SPM/SPVM/SPMV/SVM/SKM/PT3/PMR/SRP atau setaraf (jika berkaitan);
v) Sijil Kokurikulum; dan
vi) Lain-lain dokumen yang berkaitan.

5.3 dihantarkan ke alamat yang tertulis di bawah dan bukan diemel;
5.4 pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/ kontrak/sementara/sambilan) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia (BSM) melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).

6. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian Semak Permohonan di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara dalam talian di ruangan tersebut.
7. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara dalam talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
8. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
9. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

10. Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

11. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM

Tel : 05-450 6328 / 6338 / 6399 / 6339 / 6340
Emel : bsm.perjawatan@upsi.edu.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan jawatan yang diiklankan adalah pada 12 Disember 2022 (Isnin).

Iklan dan syarat-syarat permohonan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong