Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SESB Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sepertimana berikut.

1. Eksekutif Kontrak (HSE Enforcement & Compliance)

Tarikh tutup permohonan 15 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Sabah
Sektor : Swasta

Jawatan Kosong SESB Disember 2022

Maklumat & Syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah dalam apa-apa bidang akademik dari universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
  • Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Memiliki sijil Safety & Health Officer / registered SHO (keutamaan);
  • Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun (keutamaan).
Bidang Tugas
  • Menguatkuasakan polisi, prosedur dan garis panduan Syarikat yang berkaitan HSE;
  • Memberi khidmat nasihat HSE kepada pengurusan tempatan;
  • Kenalpasti dan mengemaskini hazard di tempat (HIRARC);
  • Merancang dan melaksana program audit HSE dan pemeriksaan berkala sistem pencegahan kebakaran;
  • Melapor dan menyiasat kemalangan pekerjaan, penyakit pekerjaan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan, kejadian nyaris dan kejadian melibatkan alam sekitar;
  • Berkomunikasi dengan pihak ketiga (e.g DOSH, ST, DOE, Bomba, Hospital, Polis dsb.)
  • Mengumpul dan merekodkan data (kemalangan, pematuhan undang-undang, notis, SW, LTIF, penguatkuasaan dan lain-lain berkaitan HSE) di zon masing-masing;
  • Mengemaskini dan memastikan keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan lain berkaitan HSE dipatuhi;
  • Setiausaha kepada JKKPAS peringkat Jabatan/Zon/Stesen;
  • Merancang dan memantau pelaksanaan mesyuarat JKKPAS.
Cara Memohon

1. Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online di eRecruit SESB (sila ke pautan yang diberikan di bawah).

2. Tarikh tutup permohonan 15 Disember 2022.

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong