Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yan (MDY) 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Yan (MDY) Disember 2022. Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/ kontrak di Majlis Daerah Yan.

1. Pembantu Kesihatan U19
2. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan 22 Disember 2022.
Lokasi penempatan : MD Yan, Kedah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yan (MDY) 2022

CARA MEMOHON/ SYARAT LANTIKAN

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MDY 2022 yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Daerah Yan dengan bayaran RM3.00

2. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di kiri sbelah atas sampul semasa memohon.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan dokumen- dokumen seperti berikut:-

a) Kad Pengenalan Diri
b) Sijil Kelahiran
c) Sijil-Sijil Persekolahan
d) Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)
e) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang Dipohon
f) Satu (1) keping gambar terbaru yang berukuran passport
g) Dokumen-dokumen sokongna yang lain (sekiranya ada)

3. Setiap Salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.
4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melaui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini seperti mana mengikut Peraturan 17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat DAN Penamatan Perkhidmatan) 2005.

5. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak diterima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari Tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

6. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Daerah Yan
06900 Yan
KEDAH DARUL AMAN
u.p: Bahagian Sumber Manusia

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 22 Disember 2022 (Khamis), jam 12.00 Tengah Hari.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong