Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Seremban (MBS)

Jawatan kosong Majlis Bandaraya Seremban (MBS) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Sembilan) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Jawatan Kekosongan Tarikh Tutup
1. Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran U29 Tetap/ Kontrak Dua (2) 28 Disember 2022
2. Pembantu Penilaian W19 Kontrak Empat (4) 28 Disember 2022
3. Pembantu Awam H11 Kontrak Dua Puluh (20) 28 Disember 2022

Tarikh tutup permohonan pada 28 Disember 2022.
Lokasi penempatan : MBS Negeri Sembilan.
Sektor : Kerajaan.

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Seremban (MBS) 2023

Cara Memohon :

a) Permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Bandaraya Seremban boleh dilakukan dengan mengimbas QR Code yang telah disediakan dan satu (1) borang adalah terhad untuk satu (1) jawatan sahaja. Sila ke pautan yang diberikan di bawah.

b) Pemohon perlu melengkapkan Borang Maklumat Pendaftaran di Google Form yang telah disediakan, setelah melengkapkan maklumat peribadi, pemohon perlu mencetak Borang Jawatan Kosong MBS.

c) Pemohon perlu melengkapkan maklumat di Borang Jawatan Kosong MBS yang telah di cetak dan menghantar terus ke Wisma MBS berserta salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan Dan Profesional seperti berikut:

i) Salinan kad pengenalan/MyKad;
(telah dipalang ’untuk kegunaan MBS sahaja’)
ii) Salinan Sijil Kelahiran pemohon, ibu dan bapa;
iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
iv) Salinan sijil-sijil persekolahan/akademik;
(seperti: SRP/PMR/PT3/SPM/SVM/STP/STPM/STAM/Diploma/Ijazah)
v) Salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan;
vi) Salinan Lesen Memandu bagi jawatan yang berkaitan;
vii) Sijil selain daripada sijil akademik tidak perlu disertakan
(contoh: sijil kokurikulum, penghargaan, penyertaan, dll);
viii) 1 Gambar berukuran passport yang telah dilekatkan pada borang permohonan;

d) Permohonan seperti berikut akan ditolak:

i) Dokumen di para (b) (i – vi & viii - ix) tidak disertakan;
ii) Tidak disertakan salinan pengiktirafan kelayakan IPTA/IPTS untuk perkhidmatan awam; (www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)
iii) Borang dan maklumat tidak lengkap atau tidak jelas;
iv) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
v) Tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan

e) Tarikh akhir tutup dan penghantaran borang permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Bandaraya Seremban adalah pada 28 Disember 2022 (Rabu) jam 5.00 petang. Sebarang penghantaran borang selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan diterima.

Catatan Am (PENTING – SILA AMBIL PERHATIAN)

i) Sebarang tuntutan perbelanjaan kerana menghadiri temu duga kelak tidak akan ditanggung oleh Majlis Bandaraya Seremban; dan
ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Pautan ke permohonan jawatan secara online (google form) disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong