Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong HCTM UKM 2023

Jawatan kosong terkini di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM 2023. Jabatan Sumber Manusia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM seperti di berikut:

Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Gaji : RM 54.00 sehari

Jawatan Kosong Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM Januari 2023

1. SYARAT LANTIKAN

i. warganegara Malaysia;

ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

1.1 PEPERIKSAAN / PERSIJILAN
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Terbuka (dilaksanakan mulai 1999)
Calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM tertakluk calon berkenaan memiliki keputusan SPM Sijil Terbuka seperti berikut:

a) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (mana yang berkenaan) dan mata pelajaran tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim pekhidmatan
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) (dilaksanakan mulai 2012)
Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM. Bagi tujuan memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu untuk pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut:

Syarat Kelulusan Bahasa Melayu Untuk Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam Syarat Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104)
Kepujian Sekurang-kurangnya Gred ‘C’

2. KRITERIA PEMILIHAN:

i. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
ii. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan.
iii. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
iv. Mahir menggunakan komputer dan perisian Microsoft Office.

3. CARA MEMOHON:

Sila kemukakan resume beserta Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil SPM/SVM dan Salinan Sijil Berhenti Sekolah ke alamat emel ejawatan@ppukm.ukm.edu.my

4. TEMPOH PERMOHONAN:

Bermula 23 Disember 2022 hingga 30 Disember 2022.

5. Hanya calon yang layak sahaja akan dihubungi untuk temuduga. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang pemakluman selepas 4 bulan daripada tarikh tutup permohonan.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI