Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2022

Jawatan kosong terkini di Lembaga Getah Malaysia (LGM) disember 2022. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia adalah dijemput untuk menghadiri temuduga terbuka (walk-in interview) untuk jawatan yang ditawarkan seperti berikut:

Bil. Jawatan Taraf Jawatan Gaji Lokasi Penempatan
1. Kontrak Torehan Contract For Service (CFS) RM1,793.00 Stesen Penyelidikan RRIM Similajau, Sarawak.

Temuduga Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2022

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

1. Kelayakan Cuti Rehat Tahunan sebanyak 20 hari;
2. Kemudahan Cuti Sakit 10 hari yang disertakan bersama Sijil Cuti Sakit daripada pegawai perubatan berdaftar; dan
3. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO);

SYARAT LANTIKAN

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun atau tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup permohonan;
3. Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
4. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

SYARAT TAMBAHAN

1. Mempunyai kemahiran menoreh pokok getah dengan baik;
2. Berkeupayaan mengangkat hasil torehan sekurang-kurangnya 500 pokok sehari; dan
3. Boleh menoreh seawal jam 6:00 pagi sehingga 1:45 petang.

DESKRIPSI TUGAS

1. Menjalankan kerja-kerja penorehan pokok getah, penyelenggaran tanaman termasuk cantasan dahan, kawalan rumpai dan pembajaan secara berjadual; dan
2. Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

TATACARA PERMOHONAN 

1. Tuan/ Puan yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan boleh hadirkan diri pada 6 atau 7 Disember 2022 jam 9.00 pagi di alamat berikut:

Stesen Penyelidikan RRIM Similajau
Lembaga Getah Malaysia
Lot 11, Blok 1 Lavang Land District,
KM 68, Jalan Bintulu-Miri,
Peti Surat 3127, 97013, Bintulu,
Sarawak, Malaysia.

2. Sila bawa bersama Salinan Sijil, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Kelahiran yang telah DISAHKAN dan sekeping gambar terkini berukuran pasport.

CATATAN AM

1. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pembangunan Sumber Manusia /Seksyen Penjawatan) Lembaga Getah Malaysia di talian 03-9206 2000:

i. Cik Nur Hafizah binti Mohd Arifin (Ext : 2205)
ii. Encik Haszrul Naim bin Abdul Halim (Ext : 2204)
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong