Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MAFI Disember 2022

Jawatan kosong kerajaan terkini di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sebagai:

1. Ketua Penolong Pasukan Kajian Gred 52

Tarikh tutup permohonan 05 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MAFI Disember 2022



1. Jawatan : Ketua Penolong Pasukan Kajian Gred 52
Pasukan Kajian Penyediaan Dasar, Pembangunan, SOP dan Sistem

2. Kementerian : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Pasukan Interim Lembaga Ruminan Negara.

3. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

4. Taraf Jawatan : Kontrak

5. Jadual Gaji : 
Gaji Minimum : RM5,753.00
Gaji Maksimum : RM12,354.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM290.00

6. Elaun dan Kemudahan : 
i. Kadar bayaran elaun adalah tertakluk kepada peraturan dan pekeliling semasa yang berkuat kuasa.
ii. Kemudahan adalah tertakluk kepada peraturan dan pekeliling semasa yang berkuat kuasa.

7. Syarat Lantikan : 
  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh tutup iklan.
Kelayakan masuk:

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat tambahan:

i. Kelulusan dalam bidang Doktor Perubatan Veterinar / Sains Pertanian / Penternakan / Ekonomi/ Pemasaran / Pengurusan Perniagaan / Sumber Manusia;
ii. Mempunyai pengalaman kerja sekurangnya sepuluh (10) tahun berkaitan bidang pertanian/ ternakan/ veterinar/ ekonomi/ pemasaran/ pembangunan organisasi/ perancangan strategik atau pengurusan perniagaan;
iii. Berkeupayaan menyedia dan mengurus dokumen-dokumen dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti surat rasmi, minit mesyuarat, laporan, pembentangan dan kertas dasar/ kertas Kabinet;
iv. Berkeupayaan dalam pengendalian telefon/ emel/ aplikasi internet/ IT berkaitan penyelarasan mesyuarat/ perbincangan di tahap sederhana;
v. Memiliki keterampilan dalam pemikiran analitikal, kritikal, kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugasan;
vi. Mahir berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi;
vii. Mampu menyerap pelbagai tugasan yang berganda dengan kemahiran organisasi yang cemerlang (multitasking);
viii. Mempunyai minat dan sikap ingin mendalami ilmu pengetahuan dan mencari pengalaman berkaitan sektor pertanian dan industri ruminan;
ix. Mahir dengan komputer serta perisian berkaitan seperti penggunaan Microsoft Office (Micosoft Words, Micosoft Powerpoint dan Micosoft Excel);
x. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / tiada rekod jenayah;
xi. Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit atau penyakit yang berpanjangan; dan
xii. Boleh bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

8. Fungsi / Bidang Tugas : 

i. Merangka, menyelaras pelaksanaan dasar dan strategi bagi pembangunan industri ruminan yang mampan dan berdaya maju;
ii. Menyediakan kertas dasar untuk dibentangkan di pelbagai peringkat dan platform;
iii. Menyelaras dan memantau maklum balas dan laporan pelaksanaan projek kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan mesyuarat-mesyuarat lain;
iv. Mengurus dan memantau permohonan bajet dan perbelanjaan Bahagian; dan
v. Melaksanakan arahan ditetapkan dari semasa ke semasa.

9. Lokasi Kekosongan : Wilayah Persekutuan Putrajaya

10. Tarikh Tutup Permohonan : 05 DISEMBER 2022 (ISNIN)

CARA MEMOHON:

(a) Calon yang berminat untuk memohon jawatan tersebut perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

i. Borang Permohonan Jawatan;
ii. Curriculum Vitae / Resume:
iii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; dan
iv. Salinan Sijil Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Ph.D.

(b) Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 6, Blok 4G1, Wisma Tani
No.28, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 PUTRAJAYA
(u.p.: Puan Rahmah binti Abdul Rahman)

TEMU DUGA

Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

KEPUTUSAN

Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sebelum diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) berkaitan.

PERTANYAAN

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

(i) Puan Rahmah binti Abdul Rahman
(rahman.arahman@@mafi.gov.my / 03-88701605)

(ii) Cik Intan Nadhirah binti Ali
(intan.nadhirah@mafi.gov.my / 03-88701539)

(iii) Puan Aliza binti Ismail
(aliza@mafi.gov.my / 03-88701503)

Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong