Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2022

Jawatan kosong terkini di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sepertimana berikut:

1. Pembantu Tadbir (P/O) N19
2. Pembantu Operasi N11
3. Personel MYStep (Ijazah Sarjana Muda)
4. Personel MYStep (Diploma)
5. Personel MYStep (SPM)

Tarikh tutup permohonan 14 November 2022.
Lokasi penempatan : Cyberjaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2022

1. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik MQA berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

2. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.

3. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

Pemohon hendaklah terdiri daripada kewarganegaraan Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh lantikan.

4. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www2.mqa.gov.my/jobsmqa. Sila ke pautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

6. Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.

7. Sila hubungi talian berikut untuk bantuan:

i) pertanyaan berkaitan maklumat jawatan yang dipohon.

03-8688 3620/3679/3714
Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

ii) pertanyaan/bantuan berkaitan masalah teknikal dalam mengisi borang permohonan

03-8688 1912
Unit Pembangunan Sistem, Bahagian Teknologi Maklumat

8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 November 2022 (Isnin) jam 4.00 petang.

5. CATATAN AM

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

2. Pihak MQA tidak bertanggungjawab untuk melantik calon yang memiliki syarat kelayakan yang lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon ke mana-mana skim perkhidmatan yang lebih tinggi dalam agensi sekiranya calon berjaya dilantik.

3. Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.

4. Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.

5. Pelantikan secara kontrak bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.

6. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) hanya beroperasi di Mercu MQA, Cyberjaya, Selangor dan tidak mempunyai sebarang cawangan di tempat lain.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong