Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2024

Jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Short Term Employment Program (Personel MySTEP) di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagaimana berikut.

1. Pesonel MySTEP

i. Pengaturcara Sistem (Diploma)
ii. Penolong Teknikal Jurutera (Diploma/ Sijil)
iii. Pembantu Pentadbiran Pejabat (SPM)
iv. Pembantu Jurutera (SPM)

Kemudahan

Cuti rehat, cuti sakit, Cauman KWSP dan Perkeso serta Elaun.

Tarikh tutup permohonan 12 Februari 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2024

Syarat Permohonan

✓ Warganegara Malaysia
✓ Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada 5 Februari 2024;
✓ Mempunyai kelayakan akademik sebagaimana yang dinyatakan di dalam jadual;
✓ Berkemahiran menggunakan perisian (Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel);
✓ Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan; dan
✓ Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin.
✓ Boleh bertutur dalam Bahasa Masyarakat Orang Asli adalah satu kelebihan.

Cara Memohon

1) Borang Permohonan JAKOA/A.1.513 boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;
3) Hendaklah mengemukakan maklumat yang terkini untuk dihubungi;
4) Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
5) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
6) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan
7) Borang permohonan perlu di kembalikan semula melalui pos atau emel alamat seperti dibawah :-

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah)
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia
Aras 9, Blok A, Bangunan Suasana PjH
Lot 2C5, Presint 2, Jalan Tun Abdul Razak
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : 03-8090 3600 ext 3639/3648
Emel : pengambilan@jakoa.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Februari 2024 (Isnin).

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong