Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Sep 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) september 2022. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan untuk mengisi SEGERA kekosongan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan sepertimana berikut.

1. Pegawai Eksekutif Gred N29 
   (Pekerja Sambilan Harian)

Tarikh tutup permohonan 14 September 2022.
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UiTM September 2022

Jawatan : Pegawai Eksekutif Gred N29
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian
Kadar Upah : RM72 (Sehari)

Syarat Lantikan

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. (i) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;
(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Perhatian Kepada Pemohon

Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :

i. Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
ii. Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
iii. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
iv. Diploma (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
v. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik / MQA

Cara Membuat Permohonan

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan atau pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Sila kemukakan salinan permohonan/dokumen (PDF) melalui link seperti berikut:

https://forms.gle/uoiymy94TUUwebiWA

3. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua (2) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA: 14 SEPTEMBER 2022 (RABU)


JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong