Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MUIP September 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) september 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan Rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Keutamaan adalah diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan yang baik dalam Pengetahuan Agama Islam.

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Jurutera JA29
3. Pembantu Hal Ehwal Islam S19

Tarikh tutup permohonan 23 September 2022
Lokasi penempatan : MUIP Pahang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MUIP September 2022

TATACARA PERMOHONAN

1. Borang Permohonan Jawatan (sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah).
2. Semua permohonan hendaklah menyertakan kelayakan yang disyaratkan. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.
3. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan adalah dipenehi sebelum mengemukakan permohonan.
4. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.
5. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,
MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG,
KOMPLEKS ISLAM SULTAN HAJI AHMAD SHAH (KISHAS),
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

CATATAN AM

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cik Norainie Binti Ab. Rahman / Encik Mohd Redzuan Bin Abdullah (Unit Pembangunan Sumber Manusia) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di talian 09-4221311 ext : 1073 / 1025.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong