Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UNISEL 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Selangor (UNISEL) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada kakitangan Universiti Selangor / warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:

Jawatan Kosong Universiti Selangor (UNISEL) 2022
Bil. Nama Jawatan Kampus Kekosongan
1. Pegawai Teknologi Maklumat F41 Bestari Jaya/ Shah Alam 2
2. Penolong Pegawai Kewangan W27 Bestari Jaya/ Shah Alam 2
3. Pembantu Tadbir Kewangan W17 Bestari Jaya/ Shah Alam 2
4. Pegawai Agama S41 Bestari Jaya/ Shah Alam 1
5. Penolong Pegawai Agama S27 Bestari Jaya/ Shah Alam 1
6. Pembantu Keselamatan KP17 Bestari Jaya/ Shah Alam 2
7. Pengawal Keselamatan KP11 Bestari Jaya/ Shah Alam 2
8. Pemandu R6 Bestari Jaya/ Shah Alam 2

Tarikh tutup permohonan 05 Ogos 2022.
Lokasi penempatan : Kampus Bestari Jaya/ Shah Alam
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Universiti Selangor (UNISEL) Julai Ogos 2022

TATACARA MEMOHON

a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :

i. Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email untuk dihubungi;
ii. Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;
iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat;
iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya.

b) Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor
Tel : 03-3280 5058 / 03-3280 5077

c) Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.

d) Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 5 Ogos 2022 (Jumaat).

e) Lain-lain:

i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Muat turun borang, iklan dan syarat kelayakan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong