Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Julai 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor.

1. Pembantu Pustakawan S19
2. Pengawal Keselamatan KP11

Tarikh tutup permohonan 26 Julai 2022.
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UiTM Julai 2022



JAWATAN : PEMBANTU PUSTAKAWAN (S19) - (Kampus Segamat / Kampus Pasir Gudang)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19:RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN : PENGAWAL KESELAMATAN (KP11) - (Kampus Segamat / Kampus Pasir Gudang)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

dan (d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1(c)(i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama salinan dokumen berikut yang telah disahkan mengikut susunan berikut:
  • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
  • Sijil SRP/PMR/PT3, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Sijil Berhenti Sekolah Menengah
  • Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci) (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Nama Jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang tidak melalui majikan tidak akan diproses.

6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

8. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 9 (III) Pindaan 7/2003) yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Julai 2022 (Selasa).

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
No Tel : +(607)-935 2339 / 2273 / 2020

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong