Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong FORESTRY Julai 2022

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (FORESTRY) julai 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (FORESTRY) sepertimana berikut.

Bil. Nama Jawatan Lokasi Penempatan Jumlah Tarikh Tutup
Kekosongan Simpanan
1. Pengawas Hutan Gred G19 Semenanjung Malaysia 7 20 31 Julai 2022

Tarikh tutup permohonan 31 Julai 2022
Lokasi penempatan : Forestry Semenanjung Malaysia
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2022

1. Nama Jawatan : Pengawas Hutan Gred G19
Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji (Minimum-Maksimum) : RM1,357 - RM4,008
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

2. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia; dan

b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,413.40) atau

(ii) SPM dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,469.80)

3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Awam dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengawas Hutan Gred G19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:
  • telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
  • mempunyai kelayakan di perkara 2(c) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan
had umur pelantikan:
  • berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
5. DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.

6. MAKLUMAT TAMBAHAN

Pemohon hendaklah mendaftarkan kelayakan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Pengajian Tinggi”.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my . Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 31 Julai 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan dan kemaskini secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong