Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong DBKL Julai 2022

Jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) julai 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

Bil. Nama Jawatan Jantina Kekosongan Tarikh Ujian Khas Terbuka
1. Pemandu Kenderaan Gred H11 Lelaki/Wanita 40 28 Julai 2022
Bil. MUAT TURUN
1. Iklan dan syarat-syarat kelayakan Muat turun
2. Ujian Khas Terbuka (Syarat, Masa & Lokasi) Muat turun

Tarikh Ujian Khas Terbuka pada 28 Julai 2022
Lokasi penempatan : DBKL
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong DBKL Julai 2022

A. JAWATAN : PEMANDU KENDERAAN (LELAKI / WANITA)
KEKOSONGAN JAWATAN : 40
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEMAHIRAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK / TETAP
GRED JAWATAN/GAJI : GRED H11
RM1,218.00 - RM2,939.00


SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred E) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(b) Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred D) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(c) Memiliki lesen memandu Kelas E/E1/E2 berkenaan yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P); dan

(d) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang meliputi oleh skim perkhidmatan ini.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

B. UMUR

Calon-calon hendaklah berumur 21 tahun hingga 35 tahun pada tarikh Ujian Khas Terbuka.

C. SYARAT LESEN MEMANDU

Calon-calon hendaklah memiliki lesen memandu kelas E/E1/E2 (Lesen kenderaan bas dan lori sahaja), yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P).

D. SYARAT PELANTIKAN

Calon-calon dikehendaki melayari portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.

E. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Khas Terbuka:

(i) KAD PENGENALAN;
(ii) SIJIL KELAHIRAN;
(iii) SIJIL PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) / PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR);
*SLIP KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) / PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TIDAK DITERIMA;
(iv) SIJIL DIGITAL LENGKAP VAKSINASI COVID-19;
(v) LESEN MEMANDU KELAS E/E1/E2, YANG MASIH SAH DAN DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) KECUALI LESEN MEMANDU DALAM TEMPOH PERCUBAAN (P);
(vi) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT.

CATATAN

(i) Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;

(ii) Calon dikehendaki berpakaian t-shirt warna putih, seluar panjang sukan (track bottom) berwarna hitam dan kasut sukan;

(iii) Kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Khas Terbuka ini; dan

(iv) Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Khas Terbuka sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong