Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Baling Januari 2022

Jawatan kosong terkini Majlis Daerah Baling januari 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di MD Baling sebagai:

Bil. Jawatan Gred
1. Pemandu Kenderaan H11
2. Pembantu Awam H11
3. Pembantu Tadbir N19
4. Pembantu Penguatkuasa KP19
5. Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

Tarikh tutup permohonan pada 16 Januari 2022
Lokasi penempatan : MD Baling, Kedah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Baling Januari 2022

CARA MEMOHON

1. Borang permohonan boleh didapati pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
  • Gambar berukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Peperiksaan
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Lesen ( Bagi Jawatan yang Berkenaan Sahaja ) vi Lain-lain Sijil yang berkaitan
(Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas/ Wakil Rakyat (Parlimen)/ Penghulu Kerajaan/ Ahli Majlis MDB Sahaja)

3. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan bersama.

4. Permohonan berikut akan DITOLAK
  • tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
  • borang permohonan tidak lengkap atau tidak jelas;
  • borang permohonan tidak ditandatangani;
  • borang permohonan tidak disertakan gambar; dan
  • salinan dokumen yang tidak diakui sah.
  • salinan yang disahkan SELAIN daripada perkara (b) vi.
  • calon daripada kalangan SAUDARA kakitangan Majlis Daerah Baling.
ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BALING, 09100 BALING,
KEDAH DARUL AMAN.

Sila tuliskan ‘Nama Jawatan’ di sebelah atas kiri sampul surat bagi setiap borang permohonan yang dikemukakan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pada atau sebelum :16 Januari 2022

Catatan Am
  • Sila tulis nama jawatan yang dipohon di tepi sampul sebelah kiri.
  • Susunan dokumen mestilah mengikut arahan di (b) dan dikepilkan bersama klip kertas
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan ditemuduga;
Pemohon-pemohon yang berjaya dipanggil untuk temuduga tetapi tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditemuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong