Ingin dapatkan info jawatan kosong terus ke Telegram anda? Klik Disini

Jawatan Kosong JAKOA Januari 2022

Jawatan kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Tarikh tutup permohonan pada 16 Januari 2022. Mohon sekarang.
Jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) januari 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong sebagai Personel MySTEP di JAKOA sepertimana berikut:

1. Personel Grafik
2. Pembantu Pengurusan Pentadbiran
3. Pembantu Pentadbiran Sosial
4. Pembantu Pentadbiran Data

Tarikh tutup permohonan pada 16 Januari 2022
Lokasi penempatan : JAKOA, Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong JAKOA Januari 2022

SYARAT PERMOHONAN :
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada 16 Januari 2022;
  • Mempunyai kelayakan akademik sebagaimana dalam jadual di atas;
  • Berkemahiran menggunakan perisian (Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel);
  • Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan; dan
  • Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin.
CARA MEMOHON:
  • Borang Permohonan JAKOA/A.1.513 boleh didapati di Laman Sesawang JAKOA www.jakoa.gov.my. atau sila ke pautan yang diberikan di bawah.
  • Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;
  • Hendaklah mengemukakan maklumat yang terkini untuk dihubungi;
  • Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan
Borang permohonan perlu di kembalikan semula melalui pos atau emel alamat seperti dibawah :-

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Pembangunan Luar Bandar)
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia
Tingkat 20, West Block, Wisma Golden Eagle Realty,
142-C, Jalan Ampang
50548 KUALA LUMPUR


Tel : 03-2161 0577 ext 204/231/260

Emel : psm@jakoa.gov.my

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong