Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong RISDA ― Tarikh Tutup 05 September 2021

Jawatan kosong terkini di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) September 2021. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
- 46 Kekosongan

2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FT41
- 3 Kekosongan

Tarikh tutup permohonan pada 05 September 2021
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri, Seluruh Malaysia.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong RISDA September 2021

Jawatan Kosong RISDA September 2021

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

Membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian. Keutamaan diberi kepada calon lulusan bidang sains pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai:

i. Diploma dalam bidang sains pertanian atau pengurusan ladang

ii. atau mana- mana bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan

Calon hendaklah memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam bahasa melayu

Kekosongan : 46 (seluruh negara)

Taraf Jawatan : Tetap

JAWATAN : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FT41

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan. Keutamaan diberi kepada calon lulusan sains komputer, pengurusan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai:

i. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer

ii. Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer

iii. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer

vi. atau mana-mana bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan

Calon hendaklah memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam bahasa melayu

Kekosongan : 3 (Ibu Pejabat RISDA)

Taraf Jawatan : Tetap

CARA MEMOHON

Individu yang berkelayakan dan berminat hendaklah membuat permohonan jawatan diatas di laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs di alamat https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah untuk iklan jawatan dan permohonan. Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong