Dapatkan info jawatan kosong terus ke Telegram anda sekarang.!!! Klik Disini

Jawatan Kosong PTPTN ― Tarikh Tutup 08 Ogos 2021

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Ogos 2021. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan serta berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :

1. EKSEKUTIF PEMASARAN

Tarikh tutup permohonan pada 08 Ogos 2021
Lokasi penempatan : PTPTN Negeri Johor
Sektor : Berkanun/ Swasta

Jawatan Kosong PTPTN ― Tarikh Tutup 08 Ogos 2021

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)
PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) JOHOR
- Akan ditempatkan di Pejabat Cawangan Kluang dan Pejabat Cawangan Bandar Baru Uda, Johor
GAJI DITAWARKAN : RM1,600.00 SEBULAN
INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI


SYARAT LANTIKAN :

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;

(c) Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurangkurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.

(d) Keutamaan diberi kepada calon :
  • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
  • Perwatakan menarik;
  • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
  • Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;
  • Berkebolehan menganalisa dengan baik;
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
  • Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat ; dan
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)
PENAKLUKAN DI BAWAH DASAR DAN PERATURAN EKSEKUTIF PEMASARAN

Calon yang dilantik adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan Eksekutif Pemasaran yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum pukul 11.59 malam, Ahad, 08 Ogos 2021 di laman web PTPTN : https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong (Sila ke pautan yang diberikan di bawah)

ii. Calon yang berjaya dan melepasi saringan/pemilihan akan dihubungi melalui emel bagi makluman tarikh temu duga serta penyediaan dokumen sokongan. Sila pastikan alamat emel masih aktif dan boleh digunakan.

PERMOHONAN YANG DITOLAK

Permohonan yang berikut akan ditolak :

i. Tidak memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan; atau

ii. Maklumat yang dinyatakan tidak lengkap atau meragukan.

CATATAN AM

i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan 3 bulan selepas dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

ii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah di atas tanggungjawab sendiri.

iii. Hanya calon yang berjaya di dalam urusan temu duga akan dihubungi.

Sila pastikan nombor telefon dan emel masih aktif serta boleh digunakan.

Permohonan jawatan secara online disini

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Jom dapatkan info jawatan kosong terkini terus ke TikTok anda sekarang! Klik Disini

© JOBS . All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong