Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MSN Selangor Februari 2020

Jawatan kosong terkini di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di MSN Selangor sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29

Tarikh tutup permohonan pada 21 Februari 2020
Lokasi penempatan : MSN Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MSN Selangor Februari 2020

1. (a). Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, terdiri daripada pemohon atau ibu/bapa
 pemohon yang dilahirkan di Negeri Selangor yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti senarai dibawah

(b). Keutamaan diberi kepada bekas atlet Negeri Selangor dan berpengetahuan serta berminat dalam bidang sukan.

(c). (i) Tarikh mula iklan ialah pada 10 Februari 2020

(ii) Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 Februari 2020
2. Taraf Jawatan : Kontrak

3. Umur : Calon-calon lantikan terus mestilah berumur dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.

Cara Memohon : 

(a) Semua permohonan hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Jawatan di www.msnselangor.gov.my. atau sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah.

(b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan (c) di bawah:

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

(d) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

(e) Permohonan daripada kakitangan awam yang sedang berkhidmat hendaklah mendapat sokongan dan pengesahan Ketua Jabatan.

(f) Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

Alamat Permohonan : 

Alamatkan permohonan anda kepada :

Pengarah Eksekutif
Majlis Sukan Negeri Selangor
Aras 2 & 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan
Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


Perhatian : 

(a) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(b) Pemohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:

i. Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau

ii. Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

Pertanyaan : 

Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat dengan menghubungi pihak Urusetia melalui telefon atau melalui email berikut:

(a) urusetia : 03-5510 9063

(b) email : admin@msnselangor.gov.my

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong