Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MDKT Februari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) ambilan Februari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) sebagai:

1. PEGAWAI TADBIR N41

Tarikh tutup permohonan pada 13 Februari 2020
Status jawatan : Tetap
Kekosongan jawatan : 1
Lokasi : MDKT, Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MDKT Februari 2020


JAWATAN : PEGAWAI TADBIR, GRED N41

1. (a) Skim Perkhidmatan : Pegawai Tadbir
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
(d) Gred Jawatan : N41

2. Jadual Gaji

: Minima RM2,080.00
: Maksimum RM9,546.00
: Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00
: Elaun Tetap Perumahan RM 300.00
: Elaun Tetap Khidmat Awam RM 300.00
: Elaun Sara Hidup RM 150.00

3. Syarat Lantikan 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,080.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43)

4. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
5. Syarat Peningkatan Secara Lantikan : 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas: dan

(b) Had umur pelantikan :

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA MEMOHON

6. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah atau boleh dimuat turun melalui laman web www.mdkt.gov.my dan bayaran hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos. (Sila muat turun borang permohonan pada pautan link yang diberikan di bawah)

7. Permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ”A” Bil.18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

8. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan sijil persekolahan (diakui salinan sah), kad pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 FEBRUARI 2020 (KHAMIS)

9. Pemohon juga hendaklah menyediakan ’Video Resume’ sebagaimana berikut :-

9.1 Berdurasi tidak lebih dari 3 minit.

9.2 Menggunakan suara pemohon sebenar.

9.3 Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah :-

9.3.1 Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon.

9.3.2 Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon.

9.3.3 Ringkasan pengalaman kerja pemohon.

9.3.4 Pekerjaan/aktiviti terakhir atau semasa pemohon.

9.3.5 Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon.

9.3.6 Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon.

9.3.7 Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ’NGO’.

9.3.8 Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.

9.3.9 Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.

9.4 Pemohon digalakan menghasilkan ’video resume’ yang unik dan kreatif.

9.5 Semua ’video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat mdkt@mdkt.gov.my

10. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong